Sabtu, 30 Januari 2016

Ciri Fisik Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaihi Wassalam

Jurnalis Independen: Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. (Ali bin Abi Talib).

Rasulullah Muhammad shalallahu Alaihi Wassalam Badannya tidak gemuk.Bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik.

Rasulullah Muhammad shalallahu Alaihi Wassalam, Tulang sendinya gagah,bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapimempunyai bulu yang memanjang dari dadasampai pusat. telapaktangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap. Kakinya diangkat dengan kekuatan.,  seolah-olah baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.

Baginda Rasulullah apabila berpaling,kedua dua bahunya berpaling serentak, seluruh bandanya turut perpaling.Diantara kedua dua bahunya, terdapat KHATAMUN NUBUWWAH yaitu TANDA KENABIAN NABI.

Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda Rasulullah adalah manusia yang kata-katanya paling jujur. Beliau adalah manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan.

Siapa yang melihatnya kali pertama,  pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Dan siapa yang berkenalan dengan Baginda Rasulullah tentu  nanti akan mencintainya.

Manusia yang menceritakan sifat  Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaihi Wassalam, tentu  akan berkata: "Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, semasa sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda Rasulullah  meninggal dunia. (HR at-Thimidzi)

Tidak ada komentar: